”RHYTHM OF 60’S”
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN “CLASH OF THE BAND”
PESTA KONVOKESYEN KE-4 UniMAP 2009
1.0 Syarat-syarat Am Pertandingan
1.1 Penyertaan terbuka kepada semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) dan penggiat seni muzik negeri Perlis.
1.2 Setiap kumpulan mestilah tidak melebihi dari 10 orang peserta dan minimum haruslah terdiri dari 4 orang peserta.
1.3 Semua ahli kumpulan dimestikan berada di atas pentas sepanjang persembahan.
1.4 Kesemua ahli kumpulan dibenarkan menyanyi dan memainkan alat muzik.
1.5 Kesemua persembahan hendaklah dimainkan secara LIVE. Sebarang bentuk pengaturcaraan atau programming adalah tidak dibenarkan.
1.6 Tidak dibenarkan merujuk kepada nota muzik atau skor semasa pertandingan.
1.7 Sesuatu kumpulan dianggap tidak layak menyertai pertandingan ini sekiranya mana-mana ahli kumpulannya terdiri daripada penyanyi atau pemuzik professional. (Penyanyi atau pemuzik professional adalah mereka yang telah pernah menghasilkan album sama ada dalam bentuk piring hitam, kaset, atau cakera padat baik secara solo ataupun berkumpulan.)
2.0 Lagu dan persembahan
2.1 Setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan satu lagu pilihan pada peringkat saringan. Lagu pilihan adalah bebas. Namun peserta adalah digalakkan memilih lagu berunsur pop dan moden. Lagu ciptaan sendiri sebagai lagu pilihan adalah digalakkan.
2.2 Lagu yang tidak beretika seperti lagu Black Metal, Heavy Metal, Thrash dan lagu yang berunsur ganas dan memberontak serta mempunyai senikata yang bertentangan dengan ajaran agama dan etika moral adalah dilarang sama sekali di dalam pertandingan ini.
2.3 Persembahan pada peringkat saringan mestilah tidak melebihi 5 minit. Manakala 2 minit masa diberikan untuk persediaan teknikal bagi alatan muzik. Markah akan dipotong sekiranya peserta Melebihi had masa tersebut.
2.4 Pada peringkat akhir, setiap kumpulan diwajibkan untuk mempersembahkan 2 buah lagu iaitu terdiri dari 1 lagu pop/moden (boleh membawa lagu semasa saringan) dan 1 lagu wajib berunsur 60’s iaitu 60-an atau Pop Yeh Yeh.
2.5 Persembahan pada peringkat akhir mestilah tidak melebihi 10 minit. Manakala 3 minit masa diberikan untuk persediaan teknikal bagi alatan muzik. Markah akan dipotong sekiranya peserta Melebihi had masa tersebut.
2.6 Penganjur hanya menyediakan peralatan muzik kumpulan yang asas SAHAJA iaitu 2 buah amplifier gitar, sebuah amplifier bass, sebuah amplifier keyboard, sebuah keyboard dan satu set drum. Alatan muzik seperti gitar, bass, dan lain-lain alat tambahan hendaklah dibawa oleh peserta.
2.7 Segala perbelanjaan pakaian dan persediaan termasuk penyediaan peralatan muzik tambahan adalah tanggungan kumpulan masing-masing.
3.0 SISTEM PEMARKAHAN
3.1 Sistem pemarkahan akan dinilai oleh seorang ketua juri serta dibantu oleh dua orang juri profesional.
3.2 Para juri terdiri daripada individu-individu yang mempunyai pengalaman dalam bidang kebudayaan dan kesenian.
3.3 Pemarkahan dikira berdasarkan kategori berikut :
Gaya dan Persembahan - 30 M
Vokal - 30 M
Kreativiti - 20 M
Kostum - 10 M
Susunan muzik - 10 M
_______________
JUMLAH KESELURUHAN - 100 M
3.4 Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
4.0 Hal-hal Lain
4.1 Pakaian hendaklah bersesuaian dan tidak menjolok mata.
4.2 Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan dan surat-menyurat tidak akan dilayan.
4.3 Mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan akan dibatalkan penyertaannya.
HADIAH YANG DITAWARKAN
Pemenang-pemenang dalam Pertandingan “CLASH OF THE BAND” ini akan mendapat Hamper dan Wang Tunai seperti berikut:
Kategori Terbuka:
Tempat Pertama (Johan)
Wang Tunai RM 1000.00
Hamper
Tempat Kedua (Naib Johan)
Wang Tunai RM 700.00
Hamper
Tempat Ketiga
Wang Tunai RM 500.00
Hamper
Setiap kumpulan finalis yang tidak berjaya akan menerima Hamper.
Yuran penyertaan adalah RM 100.00 bagi setiap kumpulan.
• Setiap borang dan yuran penyertaan hendaklah diserahkan kepada urusetia pertandingan pada atau sebelum 10 Ogos 2009.
• Segala pertanyaan dan penyerahan borang penyertaan hendaklah diusulkan kepada :
Urusetia
Pertandingan ”CLASH OF THE BAND”
Exco Kebudayaan,Kesenian & Perpaduan
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2008/2009
Universiti Malaysia Perlis
(Muhammad Hidthir Bin Abdullah /Chieng Yi Yun )
No. Tel (0) - 04-9798084 / 9852851
No. Faks - 04-9798293
No. Tel (h\p) - 017-4303684/017-8531388
Tuesday, July 28, 2009
”CLASH OF THE BAND”
Posted by uglyduck at 7/28/2009 08:55:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment